Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggariskan objektif, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah . Objektif yang
dirangka adalah untuk membolehkan murid:
- Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang berkaitan dengan: nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data.
- Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: tambah, tolak, darab, bahagi.
- Mnguasai kemahiran operasi bergabung.
- Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta.
- Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi. merancang strategi menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
- Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.
- Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian. untuk membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah.
- Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat . teliti.
- Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik.
- Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
nice blog! keep it up!
BalasPadamnice...
BalasPadamnice blog ....
BalasPadam