Ahad, 2 Disember 2012

Bentuk 2D



Bolehkah anda nyatakan bentuk-bentuk 2D yang terhasil daripada permukaan objek-objek di atas?

Sekarang, mari kita mengenali ciri-ciri bentuk 2D dengan lebih lanjut~



SEGI EMPAT SAMA

  • Empat sisi lurus.
  • Empat bucu
  • Kesemua sisinya sama panjang.



SEGI EMPAT TEPAT

  • Empat sisi lurus.
  • Empat bucu.
  • Dua sisi bertentangan adalah sama panjang.


SEGITIGA


  • Tiga sisi.
  • Tiga bucu



BULATAN



  • Satu sisi lengkung sahaja.



Bentuk 3D

Kenal pasti objek manakah yang mempunyai bentuk yang serupa seperti di bawah (klik pada gambar di atas untuk saiz yang lebih besar):
Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya!
(Klik pada tajuk entri ini)


JAWAPAN serta nama-nama bentuk 3D:


Mari lihat bentuk-bentuk 3D dengan lebih lanjut.


1. KUBUS (CUBE)

Ada 6 permukaan rata,
Ada 8 bucu. Ada 12 sisi.
Semua permukaan sama besar.
Juga disebut kiub.


2. KUBOID (CUBOID)

Ada 6 permukaan rata,
Ada 8 bucu.
Ada 12 sisi.
Tidak semua permukaan sama besar.


3. PIRAMID (PYRAMID)

Ada 5 permukaan rata,
Ada 5 bucu.
Ada 12 sisi.





4. KON (CONE)

Ada 1 permukaan rata,
Ada 1 bucu.
Ada 1 permukaan lengkung.




5. SILINDER (CYLINDER)




Ada 2 permukaan rata,
Ada 2 permukaan lengkung.





6. SFERA (SPHERE)


Ada 1 permukaan lengkung sahaja.

Selasa, 27 November 2012

Wang Kertas Malaysia 2012

wang kertas baru 2012 jomrileks.com 1 Terkini Duit Wang Kertas Baru Malaysia 2012

Sejarah Matawang Malaysia

‘Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR.  Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM)  yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.

 Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini..
RM10.00

RM 500.00
RM5.00