Sabtu, 20 Oktober 2012

Nilai-nilai Pendidikan Matematik


               Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam dibangunkan
melalui subjek matematik. Menurut Nik Aziz Nik Pa, belajar matematik menumpukan
pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut:
a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran, di mana tujuan pembelajaran
matematik adalah untuk apresiasi, aplikasi atau teori matematik.
b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai
untuk individu tertentu atau untuk semua.
c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar
memahami, mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan
operasi yang sesuai, membuat refleksi dan komunikasi.
d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar menggunakan
peraturan, operasi, dan prinsip-prinsip rumus matematik atau mengetahui bagaimana
menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan.
e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di mana
melibatkan proses deduktif, menghafal dan belajar secara pasif atau matematik
adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif, konstruktif dan aktif.

Selasa, 16 Oktober 2012

Objektif Kurikulum Matematik


Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggariskan objektif, Kurikulum Matematik Sekolah Rendah . Objektif yang dirangka adalah untuk membolehkan murid:
  1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang berkaitan dengan: nombor, operasi, ruang, ukuran, perwakilan data.
  2. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: tambah, tolak, darab, bahagi.
  3. Mnguasai kemahiran operasi bergabung.
  4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta.
  5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi. merancang strategi menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
  6. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.
  7. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian. untuk membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah.
  8. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat . teliti.
  9. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik.
  10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Isnin, 15 Oktober 2012

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah


          Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi garis panduan berkenaan kurikulum matemaik iaitu Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sukatan Pelajaran matematik sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang abstrak.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pengertian Matematik


Pengertian Matematik

APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawapan yang
jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :
“Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”
“Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.”
“Matematik adalah suatu bahasa”
“Matematik adalah suatu kajian seni”
“Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan
sebagainya.”